Reputasi 3 dekad terjejas gara-gara disaman Datuk Rafiena

Posted on

Pelakon Didie Alis mahu bangkit semula selepas repuitasinya terjejas akibat kes saman. FOTO: Mohd Al-Qayum Azizi

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Didie Alias memberitahu sepanjang setahun lalu dia berhadapan dengan pelbagai tohmahan ekoran saman sivil yang difailkan penerbit Datuk Rafiena Ezanne Ramli.

Didie, 44, berkata, gara-gara kes itu reputasinya selama tiga dekad sebagai anak seni musnah apabila ramai pihak hilang kepercayaan kepadanya tanpa mengetahui situasi sebenar.

“Sepanjang setahun lalu memang reputasi saya terjejas teruk dan usaha saya membina nama dalam bidang seni selama tiga dekad seolah-olah sia-sia.

“Ramai pihak yang hilang kepercayaan terhadap saya dan paling menyedihkan ada yang terus menjatuhkan hukum walaupun kes itu masih belum disebut di mahkamah,” katanya.

Didie Alias (kiri) bersyukur kesnya selesai.

Didie ditemui pada sidang media dan majlis kesyukuran yang diadakan pada petang Jumaat.

Turut hadir pada acara itu adalah peguamnya, Azlan Abdul Razak, aktres Amyza Aznan serta anak-anak Rumah Kasih Nurul Hasanah.

Pada 2 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam dekat sini menolak saman sivil Rafiena dan syarikat Dark Wave Picture terhadap Didie dengan kos RM10,000 selepas penerbit itu gagal membuktikan tuntutan-tuntutan terhadap Didie.

Rafiena atau Rafena Ezanee Ramli mengemukakan saman terhadap Didie berikutan dakwaan berlakunya pelanggaran kontrak dan pengaiban terhadap dirinya.

Mengimbau detik hitam itu, Didie berkata selepas berita dia disaman penerbit itu, namanya pernah digugurkan sebagai hos sebuah program sehari sebelum penggambaran dimulakan walaupun persiapan sudah dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *