Rihanna ingin anak bersama kekasih jutawan

Posted on

Rihanna tidak tergesa-gesa soal anak.

PENYANYI Rihanna meluahkan hasratnya untuk mempunyai zuriat dengan kekasihnya, seorang jutawan dari Arab Saudi, Hassan Jameel.

Kenyataan tersebut telah menimbulkan tanda tanya peminatnya yang ingin mengetahui sejauh mana hubungan mereka.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, Rihanna bagaimanapun enggan tergesa-gesa dalam soal itu kerana masih menanti masa yang sesuai.

Pasangan itu kerap dilihat meluangkan masa bersama dan dikatakan mereka kini dilamun cinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *