“Rindu tak terkata… dia tak pernah mati” – Nora Ariffin

Posted on

Nora masih merindui arwah suaminya, Johan Nawawi. Foto Instagram: @itsnoraariffin

PENYANYI Nora Ariffin memberitahu perasaan rindu terhadap Allahyarham suaminya, Johan Nawawi masih menebal meskipun arwah sudah meninggalkan mereka kira-kira setahun lapan bulan.

Bagaimanapun, Nora, 44, berkata dia perlu kuat berdepan ujian kehilangan insan tersayang ini demi anak-anak tercinta.

“Sesungguhnya pemergian Johan telah banyak mengajar saya erti kehidupan, hakikat dan takdir hidup yang sebenarnya, saya tak pernah terfikir dia akan pergi begitu cepat, saya belum bersedia.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora ambil masa setahun tunaikan hasrat suami

“Rindu memang tak terkata, tapi kita hanya mampu merancang yang menentukan bukan kita, Allah saja yang tahu. Hingga kini, pelbagai cabaran, dugaan dan ujian yang harus ditempuhi, saya tiada pilihan.

“Semuanya harus diredah dengan penuh kesabaran, ketabahan dan senyuman untuk menutup segala keperitan. Demi anak-anak… saya harus kuat,” katanya.

Nora berkongsi luahan di laman Instagram.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini menulis luahan hati tersebut menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Johan meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya pada 24 Mac tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *