‘Rise Ini Kalilah’ peluang besar Mira Filzah

Posted on

Mira memegang watak sebagai Filzah yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti London. Foto: NORAFIFI EHSAN.

PETALING JAYA: Pelakon Mira Filzah menganggap tawaran berlakon dalam filem Rise Ini Kalilah merupakan peluang berharga buatnya.

Mira, 25, berkata dia tidak akan dapat bekerjasama dengan barisan pelakon dan pengarah yang berbeza sekiranya dia menolak tawaran tersebut.

“Tawaran ini sangat berbeza dengan tawaran yang saya pernah terima sebelum ini sebab filem itu berdasarkan kisah benar.

Bagi saya, ia satu pengalaman berharga terutamanya kita dapat bekerja dengan barisan pelakon yang berbeza dan pengarah yang saya tak pernah bekerjasama.

“Saya rasa, kalau tak ada filem ini, tak ada saya kerja dengan mereka. Jadi, saya tak akan lepaskan peluang yang sangat besar,” kata Mira kepada mStar Online.


Mira gembira dapat bekerjsama dengan barisan pelakon dan pengarah yang berbeza.

Mira ditemui ketika malam gala filem Rise Ini Kalilah di GSC One Utama Shopping Centre, di sini pada Isnin lalu.

Filem yang mengisahkan disebalik kejayaan Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang berlangsung pada 9 Mei lalu itu membuatkan segelintir netizen beranggapan ada unsur politik.

Bagaimanapun, menurut Mira, filem yang mempunyai enam kisah berlainan itu merupakan cerita mengenai kehidupan rakyat Malaysia dan tidak ada kena mengena dengan parti politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *