Rossa nafi khabar angin bakal berkahwin

Posted on

PENYANYI terkenal Indonesia Rossa menafikan khabar angin bakal berkahwin pada tahun hadapan.

Rossa yang kini berusia 39 tahun itu meminta peminat agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dalam hal itu.

“Tidak, belum lagi mahu bernikah. Dengar daripada siapa?. Mari kita doakan mudah-mudahan dapat jodoh terbaik dari Allah. Waktunya juga biar sesuai juga,” ujarnya seperti dipetik Kapan.Lagi.

Sebelum ini, penyanyi lagu Pudar ini dikhabarkan menjalinkan hubungan rapat dengan penyanyi Afgan.

Bagaimanapun, Rossa sehingga kini tidak pernah mendedahkan tentang kehidupan peribadinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *