Rumah mendiang Avicii dijual dengan harga RM72 juta

Posted on

KEDIAMAN mendiang Avicii yang meninggal dunia pada pada April lalu dijual dengan harga RM 72 juta.

Rumah yang terletak di Hollywood Hills dijual selepas empat bulan disc jockey (DJ) dilaporkan meninggal dunia.

Rumah yang dibeli pada tahun 2013 itu mempunyai keluasan 7000 meter kaki persegi selepas meraih keuntungan dengan single Wake Me Up dan Hey Brother.


Ia berbentuk moden dan manimalis dengan hiasan kaca dibeli dengan harga RM 63.8 juta.

Rumah mewah ini dilengkapi enam bilik tidur dan tujuh bilik mandi. Lokasinya terletak di ketinggian yang boleh melihat pemandangan Los Angeles.

Avicii turut melengkapi kediamannya dengan kolam renang dan spa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *