“Rupa-rupanya saya salah…” – Shuk (Balas)

Posted on

Karier seni Shuk (Balas) semakin menyerlah. Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Pelawak Shuk (Balas) mengakui pernah terfikir karier seninya tidak akan berkembang apabila dia mengambil keputusan untuk bergelar penyampai radio di Hot FM sejak tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 32, ini berkata, pandangannya itu sama sekali meleset kerana merasakan kerjayanya semakin berkembang terutamanya dalam bidang pengacaraan TV.

“Jujur saya katakan, ingatkan apabila jadi penyampai radio peluang saya dalam cabang lain akan menjadi sukar!

“Rupa-rupanya pandangan saya itu sama sekali salah dan memang banyak peluang daripada pihak radio dan Media Prima berikan kepada saya.

“Sehinggakan kadang-kala saya tertanya-tanya adakah benar mereka memberikan kepercayaan ini kepada saya,” katanya.

Shuk bergandingan dengan Alvin dalam I Can See Your Voice Malaysia.

Pun begitu kata Shuk, setiap peluang yang diberikan tidak pernah disia-siakan malah cuba membuktikan keputusan dibuat pengurusan tidak salah.

“Bila ada peluang buat apa saya hendak sia-siakan? Inilah masanya saya perlu buktikan saya mampu lakukannya dan Alhamdulillah saya sahut semua cabaran diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *