Salah seorang anggota B.A.P didakwa melakukan gangguan seksual

Posted on

Salah seorang ahli B.A.P kini disiasat polis.

SALAH seorang anggota kumpulan B.A.P kini disiasat polis selepas dia didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Menurut laporan Allkpop, jabatan polis daerah The Gyeonggi Namyang mendedahkan individu tersebut telah melakukan perbuatan itu pada wanita berusia 20-an.

“Dia didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita berusia 20-an.

“Wanita itu mendakwa individu itu melakukan perkara tersebut ketika sedang bercuti bersama-sama dengan dua orang lelaki dan dua wanita di sebuah rumah di Namyang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *