“Saya janda, ibu tunggal tak perlu sugar daddy” – Syura

Posted on

Syura dedah sering ditawarkan sugar daddy.

PENYANYI Syura Badron berang dan mendedahkan menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang menawarkan perkhidmatan sugar daddy atau golongan lelaki ‘poket tebal’.

Syura nama sebenarnya Zuraidah Badron, 33, berkata ia bukan kali pertama berlaku dan menganggap perkara itu sebagai satu penghinaan buat dirinya.

“Saya terkejut kerana saya tidak kenal dan dia berani menawarkan perkara itu kepada saya. Saya tidak tahu apa yang dilihat dan menilai saya menerusi Instagram sehingga merasakan saya perlukan sugar daddy.

“Ini kali pertama saya mesej daripada orang tidak dikenali di laman sosial namun saya akui ada beberapa kali juga tawaran itu datang daripada orang yang saya kenal dan mereka cuba memperkenalkan saya dengan orang-orang macam ni.

“Mungkin mereka lihat saya janda dan ibu tunggal mereka fikir saya perlu benda tu semua?,” ujarnya kepada mStar Online.


Syura hidup berdikari sejak berusia sembilan tahun.

Mesej yang diterima penyanyi lagu Bakawali itu menawarkan perkhidmatan mereka sebagai ejen untuk berkenalan dengan sugar daddy atau sugar mummy yang kaya di seluruh Malaysia.

Syura berkata, biarpun kehidupannya tidak mewah, namun dia tidak perlu menggunakan jalan mudah untuk hidup senang.

Katanya, dia juga sudah hidup berdikari sejak berumur sembilan tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *