“Saya nak tahu alasan dia nak cerai, saya dah izin dia kahwin lain” -Deja Moss

Posted on

Deja Moss ingin tahu alasan suami untuk bercerai.

PENYANYI Deja Moss berasa kecewa apabila tidak mendapat penjelasan dan alasan suaminya mahu rumah tangga yang dibina 10 tahun itu ditamatkan dengan perceraian.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, berkata, usaha menyelamatkan rumah tangga itu menerusi jawatankuasa pendamai (JKP) menemui jalan buntu ekoran suaminya tidak mahu berbaik-baik.

“Saya sebenarnya sudah lama reda tapi saya nak tahu kenapa dia sudah tak mahu saya? Kenapa keluar rumah macam itu sahaja? Saya sudah izinkan dia kahwin lagi kenapa tak nak dan mahu bercerai? 

“Sebagai perempuan sudah tentu saya mahu tahu alasan sebab apa. Kalau nak kahwin lain saya rela bermadu,” ujarnya kepada mStar Online.


Deja Moss ditemui selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Isnin.

Mahkamah menetapkan 24 Oktober depan bagi lafaz cerai dilakukan suaminya Azfendy Azzuddin Ahmad.

Hakim Syarie Noranizan Mohd. Sufian membuat keputusan itu selepas mendengar keseluruhan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga pasangan itu.

Pada masa sama, tarikh itu juga ditetapkan apabila Deja selaku defendan berada dalam keadaan tidak suci ketika ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *