“Saya okey… tak ‘stress’ pun” – Niena Baharun dikecam kerana ‘perampas’

Posted on

Watak Husna dilakonkan Niena dikecam penonton.

PELAKON Niena Baharun memberitahu dia tidak tertekan dengan kecaman terhadap watak Husna yang dibawanya dalam drama Jangan Benci Cintaku.

Biarpun dia kini sedang hamil lima bulan, Niena berkata, keadaan itu tidak menjejaskan kesihatan dan kandungannya.

“Setakat ini saya tidak mengalami stress pun dengan komen-komen atau kecaman yang dilemparkan.

“Saya terima sahaja kerana mereka komen sebab watak Husna dalam drama sahaja bukan realiti,” ujarnya kepada mStar Online.

Niena diminta mengulas tentang maklum balas terhadap watak antagonis yang dilakonkannya dalam drama berkenaan.

Watak perampas tersebut memberi kesan kepada penonton terutama watak itu dibawakan oleh pelakon bertudung.

Drama Jangan Benci Cintaku disiarkan di slot Akasia di TV3 setaip Isnin hingga Khamis.

Drama slot Akasia berjudul Jangan Benci Cintaku dapat perhatian.

Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 25, mengakui menerima banyak mesej peribadi berkenaan maklum balas dan komen penonton terhadap watak tersebut.

Dia yang pertama kali membawakan watak antagonis memberitahu ada beberapa babak yang memerlukannya menjiwai karakter tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *