“Saya sakit teruk, Wak Lid sekeluarga bantu” – Aishah imbau memori bersama Khalid Salleh

Posted on

Aishah bersama keluarga sempat menziarahi Allahyarham Khalid Salleh pada Aidilfitri lalu.

PEMERGIAN aktor dan aktivis teater Khalid Salleh pada Isnin cukup meninggalkan kesan dalam kalangan rakan-rakan industri hiburan tempatan terutama yang sering bekerja rapat dengan Allahyarham.

Namun berlainan pula dengan penyanyi Aishah yang mendedahkan sisi lain seorang Khalid Salleh semasa hayatnya yang disifatkan sebagai seorang lelaki budiman dan suka membantu.

Cerita Aishah di Instagram miliknya, Allahyarham sekeluarga sering memberi bantuan kepadanya ketika dia masih bergelar ibu tunggal malah penyanyi lagu Janji Manismu itu akan merujuk kepada arwah sekiranya berlaku sesuatu masalah.

“Arwah sekeluarga terlalu banyak membantu saya semasa bergelar ibu tunggal, kalau sakit pening, mereka yang kami beritahu dahulu.

“Kalau anak-anak saya nakal maka mereka akan didisiplinkan oleh Wak Lid dan pernah satu ketika saya sakit teruk, Wak Lid sekeluarga datang membantu.

Perkongsian Aishah di Instagram menyentuh hati.

“Semoga segala jasa dan kebaikannya akan Allah balas dengan sebaik-baik pembalasan. Al-Fatihah,” tulisnya.

Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Ampang Puteri dekat sini kira-kira pukul 3.20 petang pada usia 70 tahun.

Anak Allahyarham, Israr Khalid memberitahu bapanya mengalami kesukaran bernafas sejak dua hari lalu dan arwah dikejarkan ke hospital pagi Isnin sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Mengimbau kenangan bersama Khalid, Aishah memberitahu pengalaman berlakon dalam teater tulisannya Teh Tarik cukup meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya.

Kata Aishah, menerusi teater itulah dia banyak menimba ilmu selain dan belajar mengenai erti rendah diri dan persahabatan.

Khalid meninggal dunia pada petang Isnin.

“Ditakdirkan saya diberitahu oleh isteri arwah dia juga meminati suara saya, hinggakan pernah diceritakan oleh Kak Midah, isteri arwah dia gantung poster saya di tempat dia lepak.

“Mereka juga tinggal berhampiran dengan rumah kami, selalu bertembung dengan arwah dan isteri di tempat makan. Setiap kali jumpa saya akan tanya; ‘Wak bila nak ajak saya berlakon teater?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *