"Saya sudah 'move on' tapi kenangan tak boleh dipadam" – Intan Saleh

Posted on

Intan bersama anak-anaknya.

BEKAS Isteri pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude Wahid iaitu Intan Saleh meminta agar kehidupan yang dilaluinya kini tidak dipersoalkan.

Kata Intan, dia sudah meneruskan kehidupan baharu, namun mengakui tidak boleh melupakan kenangan yang pernah dibina bersama lelaki itu.

Move on atau tidak, tak perlu dipersoalkan. Move on tu melangkah maju bukan melupakan. Kenangan tidak boleh dipadamkan,” tulisnya.

Bagaimanapun, status berkenaan mendapat perhatian pengikut laman sosialnya yang menganggap dia tidak perlu meluahkan perkara itu di laman sosial.

Menerut netizen, perkongsian berkaitan emosi di laman sosial hanya akan menimbulkan salah faham.

Status Intan yang mendapat perhatian netizen.

Bagaimanapun, Intan berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

“Pendapat masing-masing tak apa, bukan semua orang suka kita. Intan ada alasan tersendiri kenapa Intan buat macam tu. Kadang-kadang terasa nak kongsi Intan kongsi orang tak suka tak apa.

“Kita siapa nak puaskan hati orang. Intan sekarang sudah melangkah maju ke depan,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *