“Saya tak akan menipu peminat” – Fattah Amin tekejut dituduh tipu ejen produk

Posted on

Fattah terkejut mengetahui tuduhan dia kononnya menipu agen sebuah produk. Foto: SHAARI CHEMAT

PELAKON Fattah Amin terkejut dengan tuduhan kononnya dia menipu ejen-ejen untuk sebuah produk makanan kesihatan yang didaftarkan bawah sebuah syarikat.

Menerusi kenyataaan media yang dikeluarkan oleh pihak pengurusannya iaitu Universal Music Malaysia kepada mStar Online, Fattah menjelaskan dia tidak akan sesekali menipu peminat dan sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap isu ini.

“Saya terkejut dengan tuduhan ini. Saya tidak akan menipu peminat dan penyokong saya dengan mempromosikan sesuatu yang saya sendiri tidak percaya.

“Saya sedang bekerjasama dengan Universal Music untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini, akan saya berikan melalui pihak pengurusan,” katanya.

Pihak pengurusan bersama peguam akan memantau isu berkenaan.

Jumaat lalu sebuah portal hiburan mendedahkan menerima kiriman e-mel daripada salah seorang ejen sebuah syarikat dengan mendakwa, pihaknya sudah banyak melaburkan wang tetapi produk tidak terjual kerana Fattah dikatakan tidak lagi rancak mempromosikan produknya itu seperti sebelum ini.

Pengirim itu juga mendakwa, ada yang sanggup bergolok gadai untuk melabur dalam perniagaan tersebut kerana mempercayai kredibiliti Fattah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *