“Saya tak beli ‘viewers’ la” – Zynakal jawab jumlah tontonan videonya berkurang

Posted on

Zynakal nafi ada membeli penonton di Youtube untuk video muzik lagu terbaharunya, Terbang.

PENYANYI baharu Zynakal menjelaskan jumlah tontonan video muzik lagunyaTerbang berkurang dari 1 juta menjadi 993,494 bukan disebabkan dia membeli penonton di YouTube.

Zynakal atau Muhammad Raziq Rosli, 20, sebaliknya berkata dia dan syarikat pengurusannya turut terkejut dan keliru dengan penurunan angka tontonan tersebut.

“Saya dan syarikat pengurusan juga terkejut apabila melihat angka penonton di YouTube untuk video muzik lagu Terbang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal lancar lagu di Sri Lanka bukan kerana berasal daripada keluarga kaya


Jumlah tontonan video muzik Terbang berkurang secara tiba-tiba.

“Kalau lihat video tersebut melalui akaun YouTube syarikat pengurusan memang sudah mencecah 1 juta tontonan.

“Sejujurnya saya tak beli pun viewers di YouTube sebab saya nak lihat sendiri macam mana penerimaan orang terhadap lagu itu,” katanya kepada mStar Online.

Zynakal diminta mengulas mengenai jumlah tontonan video muzik Terbang nyanyiannya yang pada mulanya mencecah 1 juta pada Rabu lalu namun jumlah angka itu menurun sehari selepas itu.

Dalam pada itu, Zynakal meluahkan rasa teruja apabila penyanyi rap Caprice dan pelakon Nazim Othman turut berkongsi lagu terbaharunya itu laman sosial mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *