“Sebab itu anak dara aku sentiasa pakai seluar” – Fynn Jamal

Posted on

Fynn memberitahu dia lebih selesa Arjuna melakukan aktivitinya sendiri. 

“Sebab itu anak dara aku sentiasa pakai seluar. Juna ada obsesi dengan anatomi, jasad orang dan jasad dia. Autism bukan perkara main-main, betul,” ujarnya lagi.

Atas dasar itu juga kata Fynn, dia jarang membawa anaknya itu ke tempat awam seperti taman permainan atau bermain dengan rakan sebayanya dan lebih menggalakkan dia melakukan aktivitinya sendiri.

“Sebab dia autism, dia kurang upaya untuk berfikir dan orang sentiasa sibuk nak putuskan apa yang patut dan tak patut kami buat.

“Cuba handle sehari la tengok larat tak larat. Itu sebab aku lagi gembira dia kat rumah sebab aku tak pernah kisah dia nak selongkar satu rumah satu badan ke sebab dia tak kacau orang,” tulisnya lagi.

Tags / Kata Kunci: Fynn Jamal

Mstar