“Sejak awal lagi pakcik tu tengok kami pegang tangan” – Fadzil Zahari

Posted on

Fadzil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika sedang menjalani penggambaran drama bersama Shukri.

PELAKON Fadzil Zahari menceritakan situasi sebenar ketika menjalani penggambaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa lalu apabila didatangi individu menegur Shukri Yahaya bersamanya.

Fadzil, 35, berkata dia menyedari salah seorang daripada kumpulan jemaah umrah yang ketika itu berdekatan lokasi penggambaran melihat dia sedang pegang tangan Shukri sejak awal lagi.

Mungkin tidak selesa dengan situasi itu warga emas berkenaan secara tiba-tiba datang menepuk bahu dan berkatakan sesuatu pada Shukri menyebabkan mereka terkejut.

“Saya ada perasan juga seorang pakcik dari awal lagi memandang saya sedang memegang tangan Shukri.

“Ketika itu, dia bersama kumpulan jemaah umrah berada berdekatan dengan lokasi penggambaran untuk babak itu. Tiba-tiba pakcik itu datang tepuk bahu dan ada katakan sesuatu kepada kami,” katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tegur Shukri Yahaya jangan buat maksiat, anak pula minta maaf


Video pakcik menegur Shukri menjadi tular di laman sosial sejak Selasa.

Baru-baru ini, video seorang lelaki muncul secara tiba-tiba menepuk bahu Shukri yang ketika itu memakai seluar merah jambu berperwatakkan lelaki lembut memegang tangan Fadzil.

Insiden tersebut berlaku ketika mereka sedang menjalani penggambaran drama Split di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Semasa adegan itu dirakamkan, Shukri sedang bersalaman dengan Fadzil Zahari dengan gaya lemah-lebut dan kemudian muncul seorang individu dari arah belakang menegur perbuatan mereka tanpa mengetahui ia adalah sebuah penggambaran drama.

Katanya, individu tersebut berkemungkinan tidak menyedari ada penggambaran sedang dijalankan memandangkan kru produksi dan kamera berada di belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *