“Sejak awal lagi pakcik tu tengok kami pegang tangan” – Fadzil Zahari

Posted on

“Mungkin disebabkan ketika itu kru produksi dan kamera berada di belakang dan dia tak nampak yang sebenarnya ada penggambaran sedang dijalankan,” ujarnya.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon Yana Samsudin ini memberitahu mengakui tidak begitu jelas dengan apa yang dikatakan pakcik itu kepada Shukri.

Babak Shuk bersalam dengan Fadzil.

Namun, kru produksi dan juruaudio mendengar dengan jelas pakcik itu menasihati jangan melakukan maksiat di tempat umum.

“Sebenarnya saya tak berapa nak dengar apa yang dikatakan pakcik itu. Tapi kru produksi dan juruaudio dengan jelas mendengar teguran pakcik itu yang menasihati jangan buat maksiat di sini.

“Mungkin Shukri tak perasan pakcik itu ada tegur sebab kami pun fokus pada babak itu sahaja. Nak cepat habiskan rakaman itu dan terfikir apa yang terjadi,” katanya.

Menerusi laporan portal hiburan pada Khamis, Shukri memberitahu individu itu hanya mengusiknya dan bukan seperti laporan yang mengatakan dia ditegur agar tidak melakukan maksiat.

Bagaimanapun, seorang individu tampil memohon maaf kepada Shukri bagi pihak bapanya berikutan tidak tahu ia adalah sebuah penggambaran drama.

Tags / Kata Kunci: Fadzil Zahari , Shukri Yahaya

Mstar