Selain anggota bomba, lombong Puchong turut ragut 7 nyawa termasuk ayah Jimmy Shanley

Posted on

Jimmy berkongsi keratan akhbar yang mempunyai foto dia bersama ibu dan kakak ketika menunggu mayat bapanya dalam kejadian 34 tahun lalu.

TRAGEDI enam anggota bomba dan seorang pelajar berusia 17 tahun yang ditemui lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong memberi impak  besar kepada pengacara Jimmy Shanley.

Jika tragedi Rabu lalu meragut tujuh nyawa, kejadian 34 tahun lalu turut meragut jumlah serupa termasuklah seorang daripadanya bapa kepada pengacara Jimmy Shanley ialah Norjahan Saleh.

Jimmy, 38, berkata peristiwa hitam yahg mengorbankan anggota bomba dan pelajar itu menyebabkan dia terkenangkan kejadian serupa apabila nyawa ayahnya diragut di sebuah lombong di Batu 13 Puchong, daerah yang sama kejadian Rabu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah remaja lemas di lombong selamat dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN: Jasad wira bomba ringan, wajah tersenyum dan seperti sedang tidur – Pengurus jenazah


Keratan akhbar yang melaporkan tentang penemuan mayat arwah bapa Jimmy.

Mengimbas detik itu kata Jimmy, arwah bapanya yang ketika itu bekerja sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang maut dalam tragedi kapal korek terbalik pada 8 Ogos 1984.

Kejadian menyayat hati tersebut mendapat perhatian pelabagai pihak sehingga dilaporkan pada muka depan akhbar-akhbar tempatan ketika itu.

“Saya sangat sedih dengan berita mengenai enam anggota bomba dan seorang pelajar maut di lombong kerana tragedi itu lebih kurang sama dengan apa yang terjadi pada keluarga saya.

“Arwah ayah saya ketika itu bekerja sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang terkorban dalam tragedi kapal korek terbalik 34 tahun lalu.

Berita tujuh pekerja lombong maut termasuk bapa Jimmy dilaporkan di muka depan akhbar.

“Setiap kali ada kes lemas, saya teringat ayah tapi tragedi anggota bomba itu lebih dekat dengan saya kerana kejadian berlaku di kawasan yang sama,” kata Jimmy kepada mStar Online.

Pada 8 Ogos 1984, sebuah kapal korek milik Sungai Klang Dredging Sdn Bhd terbalik di sebuah lombong yang terletak di Batu 13 Puchong.

Kejadian menyayat hati itu telah meragut nyawa tujuh orang termasuk bapa Jimmy yang terperangkap dalam kapal korek berkenaan dan sukar dikeluarkan kerana mangsa tersepit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *