“Selama mana dia tidak melampau, saya tidak cemburu” – Isteri Amaris

Posted on

Isteri Amaris tampil beri pencerahan hubungan mereka.

ISTERI pelakon Putra Amaris iaitu Nur Syazwani Alias menjelaskan statusnya dengan aktor itu masih lagi sebagai suami-isteri.

Nur Syazwani yang kini hamil enam bulan memberitahu hubungan suaminya dengan jutawan kosmetik Datuk Sri Vida yang digosipkan ketika ini hanya atas urusan kerja.

“Ya Amaris masih suami saya, tetap suami saya dan selamanya selagi Allah izinkan satu-satunya suami saya.

“Selama mana dia tidak melampau, saya tidak cemburu, memang kerja dia akan jumpa dengan semua orang yang cantik dan berpengaruh.

“Kalau sikit-sikit nak cemburu, nak melenting, tak boleh kahwin dengan artis,” katanya.

Amaris berkahwin pada 5 Januari lalu.

Nur Syazwani menjelaskan perkara itu di laman sosial Instagram miliknya selepas ditanya beberapa pengikut menganai rumah tangga mereka.

Pada Julai lalu, pelakon Bicara Cinta ini dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan usahawan kosmetik itu apabila kerap memuat naik foto bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *