Selepas Dua Lipa, Blackpink berkolaborasi dengan DJ Snake?

Posted on

Peminat buat spekulasi mengenai kolaborasi Blackpink dan DJ Snake. Foto: AllKpop

PEMINAT muzik kpop mula membuat spekulasi bahawa kumpulan Blackpink bakal berkolaborasi dengan DJ Snake.

Menurut laporan Allkpop, khabar angin itu muncul ketika kunjungan DJ Snake ke Korea Selatan bagi memenuhi undangan Spectrum Festival pada Sabtu lalu.

Semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, DJ yang berasal daripada Perancis itu memuat naik foto di Instagram yang memaparkan poster Blackpink dengan ucapan selamat datang ke Korea.

Peminat bertanyakan kepada DJ Snake mengenai kesahihan gosip tersebut.

Gara-gara perkongsian itu menyebabkan peminat mula membuat spekulasi bahawa DJ Snake bakal bergandingan dengan Blackpink dalam lagu baharu.

Ada pengikut di laman tersebut yang bertanyakan mengenai kesahihan berita itu dan mengejutkan apabila DJ Snake membalas soalan peminat tersebut dengan tanda emoji high five.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *