Selepas 'Pinjamkan Hatiku', penerbit Furyna pilih genre seram

Posted on

Filem terbitan Aurawhite yang menampilkan Shaheizy Sam dan Ayda Jebat mendapat sambutan hebat tahun lalu.

CHERAS: Selepas kejayaan filem Pinjamkan Hatiku, produser dan usahawan, Datin Furyna Azmeer mahu menerbitkan sebuah karya seram.

Furyna, 33, berkata projek itu masih dalam peringkat perbincangan namun kemungkinan pembikinan filem tersebut akan dijalankan pada tahun hadapan.

“Alhamdulillah, walaupun ketika itu filem tersebut bersaing dengan Pengabdi Setan tetapi ia masih mendapat sambutan positif dan kutipan memberangsangkan.

“Memang saya ada perancangan untuk terbitkan filem baharu tetapi kali ini genre seram pula.

“Semuanya masih berada di peringkat perbincangan. Insya-Allah pembikinan akan mula berjalan pada tahun hadapan,” katanya kepada mStar Online.


Furyna bersama pelakon Ayda Jebat yang merupakan watak utama filem Pinjamkan Hatiku.

Furyna ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu syarikat kosmetiknya Ubat Gigi Aurawhite di Meet & Dine, di sini pada baru-baru ini.

Filem Pinjamkan Hatiku yang dibintangi Ayda Jebat, Shaheizy Sam dan Datuk Farid Kamil telah berjaya mendapat kutipan RM3.4 juta.

Dalam pada itu, Furyna mengakui dia seorang yang sangat cerewet apabila membabitkan kualiti sesebuah produk.

Menurut pengasas produk Aurawhite ini, apa yang penting adalah memberikan yang terbaik untuk penonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *