Sempat jua tabur bakti, anak Bob Lokman ‘pergi’ dulu

Posted on

Adam sentiasa mengikuti program dakwah bapanya ke serata Malaysia.

ANAK sulung kepada pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman, Mohamad Adam, 25, meninggal dunia pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas rebah di beranda rumahnya di Saujana Akasia, Sungai Buloh.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 54, memaklumkan berita tersebut menerusi laman Facebook miliknya.

“Assalammualaikum. Memaklumkan bahawa anak sulung saya Mohd adam, baru sahaja kembali ke Rahmatullah. Jumaat 5 Oktober, 1 pagi, ” tulis Bob.

Manakala menerusi laman Instagram pelakon Adam Hamid Jarnail berkata Allahyarham seorang anak yang baik kerana menjaga ayahnya ketika terlantar sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Tabung oksigen nyawa Bob Lokman, jual nasi ayam kampung minggu depan


Adam Hamid mendedahkan arwah mempunyai sejarah lampau iaitu mengidap ketumbuhan otak.

Malah, Adam juga dianggap seperti tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan bapanya.

“Adam anak yang sangat baik, menjaga abg Bob saat terlantar sakit, dia umpama tangan kanan yang tidak pernah berpisah dengan ayahnya.

“Masih terbayang-bayang senyum dan ketawa kecilnya, menyuap makanan pada ayahya di hospital,” kata Adam Hamid.

Bob menjalani rawatan itu di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh akibat masalah jantung yang memaksanya kerap berualng alik ke pusat perubatan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *