Sering kongsi video masakan, Farahdhiya diminta buka restoran

Posted on

Farahdhiya bakal buka restoran.

PENYANYI Farahdhiya merancang untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur awal tahun depan.

Farahdhiya berkata, idea tersebut difikirkan selepas mendapat maklum balas daripada peminatnya yang teringin untuk merasa masakan yang sering dimuat naik di Instagram.

“Insya-Allah saya dalam perancangan awal untuk membuka restoran pada awal tahun depan.

“Idea tercetus apabila ramai peminat minta saya buka restoran untuk mereka rasa masakan saya. Saya fikir ia idea yang baik kerana saya buat perkara yang saya suka iaitu memasak,” ujarnya kepada mStar Online.

Farahdhiya ditemui pada sidang media konsert Sayangi Malaysiaku baru-baru ini.

Farahdhiya gemar memasak.

Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu berkata, dia akan memilih masakan yang dirasakan terbaik sebagai pilihan menu restoran tersebut.

Katanya, kebanyakkan masakan yang dimuat naik di laman sosial itu adalah daripada resepinya sendiri.

“Saya suka untuk cuba masak makanan dengan resipi sendiri, saya bukan jenis ke Google untuk cari resipi tetapi imaginasi apa bahan yang sepatutnya ada dalam resipi itu.

“Alhamdulillah selalunya masakan saya menjadi,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *