Servis ucapan hari lahir Mawar Rashid hanya RM20, murah berbanding Janna Nick

Posted on

Mawar ikut jejak langkah Janna menawarkan pakej perkhidmatan ucapan ulang tahun kelahiran berbayar di laman sosial.

PERKHIDMATAN ucapan selamat hari lahir berbayar di laman sosial yang dilakukan pelakon Janna Nick nampaknya menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Terbaharu, pelakon Mawar Rashid turut memperkenalkan pakej yang sama dengan harga lebih murah iaitu RM20 berbanding bayaran RM50 yang dikenakan Janna.

Kata Mawar, 23, dia mengikut jejak langkah Janna kerana menganggap servis tersebut sangat menarik untuk dilakukan.

“Memang saya ikut cara Janna melakukan perkhidmatan tersebut kerana menganggap idea itu kreatif dan bagus.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick terus ‘diserang’ gara-gara servis ucapan RM50

ARTIKEL BERKAITAN: “Kecil punya hal… tak perlu kecam Janna” – Umie Aida


Pakej servis ucapan hari kelahiran Mawar lebih murah berbanding Janna.

“Bagi saya, ini juga adalah salah satu cara untuk peminat muncul dalam Instastory saya.

“Perkhidmatan ini sangat-sangat menarik dan dengan cara ini saya dapat hargai peminat-peminat,” kata Mawar kepada mStar Online.

Tambah pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia tidak mengambil kisah dengan kecaman kerana yang paling utama adalah niatnya yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *