Setiap orang ada cita rasa berbeza – Daiyan Trisha

Posted on

Daiyan tidak marah dengan status netizen yang mempersoalkan bakat nyanyiannya. Foto: IZZRAFIQ ALIAS.

PENYANYI Daiyan Trisha mengakui ada membaca status pemilik akaun laman Twitter bernama Shafiq Daniel yang mempertikaikan bakat nyanyiannya.

Daiyan, 25, berkata dia tidak berasa marah dengan individu itu kerana beranggapan setiap orang mempunyai cita rasa dan pandang berbeza.

“Saya ada baca status itu tapi tak berasa marah pun dengan apa yang dia katakan. Setiap orang ada citarasa dan pandangan masing-masing.

“Bagi saya, dia tak tahu macam mana perjalanan karier saya. Kalau nak diikutkan, saya bukan sekadar penyanyi sahaja tapi saya main muzik dan buat lirik sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tekaan Daiyan Trisha berkahwin meleset, rupa-rupanya gimik lancar lagu


Status yang dimuat naik netizen mempertikaikan bakat nyanyian Daiyan.

“Malah, saya juga letakkan sepenuhnya kerja keras sendiri dalam setiap karya saya,” kata Daiyan kepada mStar Online.

Menurut akaun tersebut, dia mempersoalkan rakyat Malaysia seakan tidak mempunyai citarasa yang bagus apabila meminati Daiyan.

Individu tersebut turut membuat perbandingan antara Daiyan dengan penyanyi Yuna yang dikatakan lebih banyak menerima kecaman.

Penyanyi lagu Langit ini tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana dia juga ada menerima banyak kritikan negatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *