Sharnaaz terkenang berkerja dengan 6 anggota bomba mangsa lemas

Posted on

Sharnaaz turut terkesan dengan kehilangan anggota bomba yang lemas. Foto: AZLINA ABDULLAH

PELAKON Sharnaaz Ahmad mengakui turut terkesan dengan kematian enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang lemas ketika operasi menyelamat di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, malam Rabu.

Sharnaaz berkata dia pernah bekerjasama dengan keenam-enam anggota penyelam tersebut dan mengagumi kehebatan anggota pasukan keselamatan itu.

“Saya sangat terkesan dengan kehilangan unit Di Air (Pasukan Penyelamat Unit Di Air) Bomba Malaysia. Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dengan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa berpusing-pusing dalam air

“Mereka adalah yang terbaik dalam unit Di Air Malaysia dan merupakan unit elit khas, mereka sangat terlatih dan mahir dalam misi menyelamat.

“Banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan… tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka. Semoga Allah luaskan kubur mereka dan jadikan ini syahid yang paling indah,” katanya.

Sharnaaz berkongsi kesedihan di Instagram.

Pelakon berusia 33 tahun ini berkongsi kesedihan itu menerusi laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, Sharnaaz pernah menjayakan sebuah drama bersiri berjudul Hero pada tahun 2016. 

Drama memaparkan realiti dan cabaran sebenar pekerjaan anggota bomba yang layak digelar hero itu ditayangkan menerusi saluran TV2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *