Shawn Mendes jadi bahan jenaka gara-gara zip seluar disangka terbuka

Posted on

Zip seluar penyanyi Shawn Mendes disangka terbuka ketika melalui acara karpet merah Anugerah Muzik Amerika (AMA) Selasa lalu.

PENYANYI Shawn Mendes menjadi bahan jenaka netizen di sosial media apabila ramai menyangka dia terlupa menutup zip seluarnya ketika melalui acara karpet merah Anugerah Muzik Amerika (AMA) yang berlangsung di Los Angeles Selasa lalu.

Daily Mail  melaporkan penyanyi berusia 20 tahun itu hadir mengenakan sepersalinan sut hitam dan zip seluar yang berwarna perak menampakkan seperti bahagian itu tidak ditutup.

“Bukan sengaja hendak memandang ke arah itu tetapi Shawn Mendez zip seluar anda terbuka,” tulis netizen di Twitter sejurus selepas gambarnya di karpet merah tersebar.

Bagaimanapun ada peminat Shawn yang masih mempertahankan penyanyi itu dengan menegaskan zip seluar penyanyi itu tidak terbuka dan ia kelihatan begitu warna seluar dan zip yang berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *