Siapakah identiti lelaki didedahkan anak Amelina? Adakah ia bekas suami?

Posted on

KISAH peribadi mengenai Amelina sentiasa menjadi tanda tanya apabila penyanyi dangdut terkenal itu bijak menyimpan rahsia termasuk mengenai perkahwinannya dengan bekas suami, Reduan Mahmood yang menjadi kontroversi hampir 20 tahun lalu.

Malah sejak kembali aktif dalam bidang nyanyian sekitar empat tahun lalu, tidak banyak dikongsikan Amelina mengenai kehilangannya namun mengakui statusnya sebagai isteri menyebabkan dia meninggalkan kariernya.

Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 44, juga memberitahu dia sudah bercerai dengan bekas suami dan mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

Terbaharu, anak sulung Amelina itu, Puteri Nur’ Athirah memuat naik foto di InstaStory pada Ahad lalu menimbulkan tanda tanya mengenai status terkini penyanyi itu.

Menerusi dua paparan skrin kiriman e-mel kepada mStar, Athirah mengucapkan terima kasih kepada individu yang dipanggil sebagai ‘D’ dipercayai singkatan untuk Daddy kerana meluangkan masa bersama mereka sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Punca Amelina Tinggalkan Dunia Nyanyian

ARTIKEL BERKAITAN: Ada ke lelaki sanggup terima Amelina beranak enam? 

Paparan skrin yang di e-mel kepada mStar.

Malah Athirah turut memuat naik gambarnya bersama Amelina dan seorang lelaki berbaju hitam namun hanya bahagian bahu dan tangan lelaki itu yang kelihatan dalam foto berkenaan.

Thanks D belanja kita orang makan dan menghabiskan masa dengan kita semua semalam. #d&m #spendtime #lotoflove #luvuD&M,” tulisnya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ‘D’ itu merujuk kepada bapa kandungnya atau individu lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *