"Sikapnya membuatkan hati saya terbuka…" – Ruhainies

Posted on

Ruhainies akan berkongsi berita gembira dengan peminat bila tiba masanya.

PELAKON Ruhainies mendedahkan terbuka hati untuk menerima Mr E sebagai kekasih disebabkan sikapnya.

Ruhainies, 26, berkata dia bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki budiman seperti yang diidam-idamkan selama ini.

“Sebenarnya saya seorang yang sangat susah untuk buka hati kepada mana-mana lelaki. Sebelum ini, memang saya hanya akan berkawan sahaja dan tidak akan pergi lebih dari itu.

“Tetapi disebabkan sikapnya yang tidak pernah putus asa telah membuka hati saya. Malah, dia juga seorang lelaki yang budiman.

“Tidak pernah meninggikan suara dan boleh dikatakan semua ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada dia,” kata Ruhainies kepada mStar Online.


Ruhainies belum bersedia dedah wajah dan nama sebenar kekasihnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila masa saya nak kahwin?” – Ruhainies

Kata Ruhanies lagi, dia juga menganggap Mr E sebagai inspirasi dalam bidang perniagaan.

Malah, adik kepada pelakon Risteena Munim ini turut meminta pandangan dan idea tentang perniagaan daripada kekasihnya itu.

“Saya selalu minta pandangan dan idea mengenai perniagaan sebab dia masih muda tapi sudah berjaya dalam bidang ini.

“Dia tahu bagaimana nak uruskan perniagaan dengan baik dan bagi nasihat kepada saya mengenai bidang ini. Setiap apa yang dibuat mesti ada sasaran,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *