Singkap gejala rasuah ‘One Two Jaga’ tidak jatuhkan imej polis

Posted on

Pelakon Indonesia Ario Bayu dan Asmara Abigail terlibat menjayakan filem ini.

FILEM One Two Jaga yang mendedahkan sisi gelap dunia kepolisan dalam gejala rasuah bukan bertujuan menjatuhkan imej badan beruniform itu.

Penerbitnya Bront Palarae berkata, ia berkisar tentang apa yang dilalui dalam masyarakat dan boleh memberi kesedaran kepada umum.

“Kali pertama memang kertas cadangan filem ini ditolak tapi bila kita jelaskan visi dan tujuan barulah diluluskan, itu pun selepas beberapa kali dirombak.

“Saya akui agak mencabar kerana penggambaran tertangguh disebabkan perlu menunggu skrip yang diluluskan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kisah rasuah yang berlaku dan badan uniform itu bukan perkara baru dan pihak mereka turut sedang memeranginya,” ujarnya.

Barisan pelakon dan pengarah yang terlibat menjayakan filem ini.

Bront ditemui pada majlis pratonton filem One Two Jaga yang diadakan di One Utama, pada Khamis.

Filem yang dibintangi oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Kin Wah Chew, Iedil Putra, Timothy Castillo dan pelakon Indonesia, Ario Bayu serta Asmara Abigail bakal ditayangkan pada 6 September ini.

Menurutnya, kisah yang diceritakan dalam filem tersebut berkaitan pendatang tanpa izin Indonesia dan Filipina, pergaduhan dan peras ugut perkara yang berlaku dan diceritakan orang disekelilingnya.

Sementara itu, penggunaan bahasa yang kasar yang terpaksa di sensor adalah bagi menghidupkan karakter-karater dalam filem tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *