Sissy Imann masih tunggu lokasi tempat mengajar

Posted on

Sissy baru sahaja tamat pengajian dalam bidang muzik.

PENYANYI Sissy Imann tiada kepastian sejauh mana kerjayanya dalam bidang nyanyian dan sebagai guru muzik akan diteruskan di masa hadapan.

Sissy atau nama sebenarnya Imann Mohammad Kamil, 22, berkata dia masih menunggu keputusan lokasi sekolah untuk mengajar.

“Alhamdulillah, saya sudah tamat jalani latihan dan pengajian dalam bidang pendidikan muzik.

“Buat masa ini, masih belum tahu keputusan di mana saya akan dihantar untuk mengajar.

“Jadi, saya sendiri tak pasti macam mana kerjaya nyanyian dan menjadi guru muzik akan diteruskan nanti,” Kata Sissy kepada mStar Online.


Sissy tidak pasti bagaimana nak menguruskan dua kerjaya dalam masa serentak.

Sissy mengambil jurusan Sarjana Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Sissy bakal bersaing dengan sembilan penyanyi baharu menerusi program realiti Big Stage.

Menurut Sissy, dia tidak menganggap pengalaman sebagai guru muzik satu kelebihan untuknya memandang rendah pada penyanyi lain.

“Walaupun sudah bergelar guru muzik namun saya tidak menganggap itu sebagai kelebihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *