Siti Elizad mohon didoakan untuk jalani pembedahan

Posted on

Elizad jalani pembedahan membuang cyst. Foto Instagram @elizadsharifuddin

PELAKON Siti Elizad meminta peminat mendoakan agar proses pembedahan bagi membuang ketumbuhan cyst (sista) sepanjang lapan sentimeter pada perutnya berjalan lancar.

Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, turut memaklumkan dia akan bercuti selama sebulan sebelum kembali memulakan karier lakonan.

“Saya akan menjalani pembedahan cyst dan akan mula bercuti bulan ini. Tiada hadiah yang paling istimewa dan hebat dari kamu semua selain doa untuk saya.

“Tibalah hari yang ditunggu-tunggu, gementar rasa macam nak lari hospital, minta kamu mendoakan semuanya dipermudahkan dan selamat ya!

“Doa dari kalian dah cukup terbaik buat saya dan akan saya ingat sampai bila-bila,” tulisnya di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Cyst merupakan sejenis ketumbuhan di tubuh.

Elizad mengucapkan terima kasih atas doa yang diberikan peminat.

Sementara itu, pelakon drama Syurga Yang Kedua ini memohon maaf kepada pihak produksi atas kesulitan tersebut.

Dia turut memberitahu akan kembali menyelesaikan tugas dan beraksi di set penggambaran pada bulan depan.

“Maaf kepada mana-mana produksi dan penggambaran, Insya-Allah saya akan beraksi bulan Oktober nanti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *