Son Naeun (Apink) elak jawab soalan pembedahan plastik

Posted on

Son Naeum enggan menjawab soalan mengenai dakwaan melakukan pembedahan plastik.

PENYANYI Son Naeun mengelak daripada menjawab soalan berhubung dakwaan dia melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.

Koreaboo melaporkan anggota kumpulan Apink itu hanya tersenyum tanpa memberi respons kepada soalan itu ketika membuat kemunculan menerusi program Radio Star baru-baru ini.

Pengacara program itu Yoon Jong Shin bagaimanapun memuji kejelitaan wajah Son Naeun dengan menggelarnya sebagai mempunyai kecantikan semula jadi selepas tidak mendapat respon penyanyi itu.

Dalam pada itu, anggota Apink, Kim Gura yang turut tampil dalam program itu bersuara bagi menjawab soalan itu bagi pihak rakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *