Suami sanggup ulang-alik jauh demi GV5 – Hetty Sarlene

Posted on

Penyertaan Hetty di pentas GV5 mendapat sokongan suami

MESKIPUN terpaksa berjauhan, penyanyi Hetty Sarlene memberitahu suaminya iaitu Daniel Oakes atau nama Islam, Dani Aaqil, akan tetap hadir memberi sokongan kepadanya sepanjang saingan di Konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5).

Menurut Hetty, 34, hubungan jarak jauh itu tidak menjadi penghalang untuk Dani meluangkan masa menyaksikan persembahannya di pentas nyanyian tersebut.

“Saya sudah tinggal disini sejak lebih sebulan lalu, cuma suami masih di Singapura kerana urusan kerjanya di sana, tapi itu semua bukan penghalang sebab dia boleh datang bila-bila masa sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Hetty Sarlene dah puas ‘hilang’, suami dorong sertai Gegar Vaganza 5

“Selalunya hari Jumaat dia sudah ada di Kuala Lumpur dan pulang semula ke Singapura pada hari Isnin. Mujur dia sangat memahami dan tak pernah mengeluh.

“Dia sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada saya,” katanya kepada mStar Online.

Hetty atau Hetty Sarlene Abdul Hamid, berkahwin dengan Dani, 34, pada 23 Julai 2016.

Penyanyi lagu Sangsi Asmara ini sedang berentap bersama 11 penyanyi lain dalam program realiti nyanyian itu.

Bercakap mengenai persembahan minggu ketiga, Hetty bakal mempersembahan lagu berjudul Pawana nyanyian asal Search.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *