Sudah sihat tapi perlu rawatan susulan – Fendy Bakry

Posted on

Fendy menunggu panggilan dari pihak hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

PELAKON Fendy Bakry masih perlu menjalani rawatan susulan biarpun keadaan kesihatanya semakin baik.

Fendy, 30, berkata dia kini hanya menunggu panggilan dari pihak hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

“Alhamdulillah keadaan saya semakin sihat. Saya pun dah boleh mula menjalani penggambaran. Sekarang memang dah betul-betul baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak sahkan ‘Mr. Grey’ sukar bercakap, kesihatan semakin lemah

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya ada yang faham kenapa Fendy Bakry kurus


Keadaan kesihatan Fendy semakin baik.

“Untuk pemeriksaan selanjutnya tu sudah tentu akan saya lakukan. Sebab doktor pun tak akan lepaskan pesakitnya begitu sahaja.

“Sekarang ini, saya masih menunggu panggilan dari pihak hospital untuk rawatan seterusnya,” Kata Fendy kepada mStar Online.

Fendy ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *