Sudah sihat tapi perlu rawatan susulan – Fendy Bakry

Posted on

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami sakit kepala dan lemah badan sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station pada April lalu.

Fendy memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular di ABPBH31. Foto: FAIHAN GHANI.

Menerusi laporan mStar Online pada 26 April lalu, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

Dalam pada itu, pemenang anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABPBH31 ini sudah boleh menerima tawaran berlakon untuk drama bersiri selepas beberapa bulan terlantar sakit.

“Sebelum ini, bila keluar hospital saya hanya boleh ambil tawaran untuk berlakon telemovie dan menerima undangan ke acara hiburan sahaja.

“Baru sekarang saya ini betul-betul dah sihat barulah boleh terima tawaran untuk berlakon dalam drama bersiri,” ujarnya yang tidak berkongsi penyakit sebenar dihadapinya.

Tags / Kata Kunci: Fendy Bakry , ABPBH31

Mstar