Suria terus tawan hati pendengar dalam siri jelalah

Posted on

Barisan penyampai radio Suria bergambar kenangan bersama pengunjung yang hadir di Mydin Meru Raya, Ipoh.

BUAT pertama kali program Jelajah Suria diadakan secara langsung di Mydin Meru Raya, Ipoh disiarkan menerusi frekuensi Suria berlangsung selama satu jam pada Sabtu lalu.

Menurut Pengurus Kanan Program Suria, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin program tersebut merupakan kelainan baharu untuk siri jelajah Suria.

“Dalam sejarah penganjuran Jelajah Suria, ini kali pertama Jelajah Suria disiarkan secara langsung menerusi frekuensi Suria selama satu jam.

“Acara bermula 5 hingga 6 petang itu bagi membolehkan pendengar Suria dapat mengikuti acara yang sedang berlangsung.

“Ia adalah sesuatu kelainan yang kami ingin tonjolkan pada siri jelajah kali ini,” kata DJ Lin.

Tajul, Syamel dan Amir Masdi antara artis jemputan yang membuat persembahan.

Ramai peminat dan pendengar setia Suria hadir untuk mendaftar pertandingan karaoke yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM500.

Siri jelajah itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Amir Masdi, Naim Daniel, One Avenue Band, Syamel, Tajul, Wany Hasrita dan Eza Edmond.

Selain dapat beramah mesra dengan lebih dekat dengan penyampai dan selebriti, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai permainan pentas yang disediakan seperti Kutu Karoks dan memenangi wang tunai, barangan eksklusif Suria serta hadiah misteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *