Syafeek idam lagu ciptaan Hael Husaini bantu lonjak nama

Posted on

Syafeek Ikhwan

PENYANYI baharu Syafeek Ikhwan berhasrat mendapatkan khidmat komposer dan penyanyi Hael Husaini untuk single akan datang.

Syafeek atau nama sebenarnya Muhamad Syafiq Ikhwan Ghazali, 30, berkata, lagu-lagu ciptaan penyanyi lagu Jampi itu antara yang mendapat perhatian buat masa ini.

“Saya ada minta lagu daripada Hael Husaini tapi saya faham dia sedang sibuk sekarang. Lagu dia boleh membantu untuk melonjakkan nama saya dalam industri muzik.

“Saya rasa lagu-lagu dia berbeza dan memunyai kelainan yang mampu menarik pendengar,” ujarnya kepada mStar Online.


Syafeek Ikhwan juara I-Sing 2018.

Syafeek ditemui dalam satu sesi temuramah selepas menjuarai pertandingan nyanyian I-Sing 2018 yang diadakan di Hotel Container, di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Syafeek berkata, dia juga dalam proses menyiapkan single berjudul Aku ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen.

Katanya, pelbagai masalah yag dihadapi menyebabkan proses pembikinan lagu tersebut mengambil masa setahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *