Syafiq Farhain diberi cuti dua bulan, tiada hasrat tingggalkan kerjaya bomba

Posted on

Syafiq tidak berhasrat untuk bersara dari bertugas sebagai ahli bomba.

PENYANYI Syafiq Farhain dia tidak berhasrat untuk bersara sebagai ahli bomba biarpun kerjaya seninya kian berkembang.

Syafiq, 24, berkata dia masih mampu untuk mengimbangkan bidang nyanyian dan tugas tetapnya itu.

“Buat masa ini, saya tak pernah pun terfikir untuk tinggalkan kerja sebagai ahli bomba.

“Alhamdulillah, kalau ikutkan memang rezeki dalam industri seni sekarang ini tak putus-putus dan saya bersyukur sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang saya bengang orang kata Saleem sudah tiada” – Syafiq Farhain


Karier seni Syafiq semakin berkembang.

“Tapi itu tidak bermakna saya perlu berhenti jadi ahli bomba. Insya-Allah saya masih mampu lagi untuk imbangkan dua pekerjaan saya itu,” katanya kepada mStar Online.

Tambah naib juara program realiti Big Stage musim pertama ini, dia diberi cuti dua bulan tanpa gaji untuk memberi tumpuan pada karier seninya.

“Saya dapat cuti dua bulan tanpa gaji untuk program Big Stage. Habis program itu, saya masuk ke set penggambaran filem pula.

“Memandangkan filem Hero The Movie itu mengisahkan mengenai kerjaya bomba, saya dapat pelepasan untuk penggambaran selama dua hingga tiga minggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *