Syafiq Kyle, Aiman Hakim, Zul Ariffin berentap dalam Anugerah Telenovela 2018

Posted on

Tiga pelakon Syafiq Kyle, Zul Ariffin dan Aiman Hakim berentap Anugerah Telenovela 2018.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 46 kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Telenovela 2018 yang akan berlangsung pada 28 Julai ini di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Berdasarkan senarai, Emma Maembong, Aiman Hakim, Zul Ariffin dan Syafiq Kyle bakal berentap dalam pencalonan bagi kategori pelakon terbaik dan popular menerusi drama dan filem lakonan mereka sepanjang 2016.

Dua drama lakonan Emma yang disenaraikan ialah Sayang Papa Saya Tak dan Awak Suka Saya Tak dan filem bertajuk Kimchi Untuk Awak.

Sementara itu Aiman Hakim turut membintangi satu drama adaptasi novel pada tahun lalu menerusi Urusan Hati Cik Drama Queen dan filem Kimchi Untuk Awak.

Bagi Syafiq Kyle, dua drama lakonannya tersenai bagi merebut trofi ialah Suamiku Paling Sweet dan Mencintaimu Mr Photographer.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), Hasan Hamzah bersami trofi yang bakal dipertandingkan.

Drama lakonan Zul Ariffin juga bakal berentap dalam anugerah yang diadakan setiap tahun ini iaitu Titian Cinta dan filem lakonannya, Tombirou: Penunggu Rimba.

Sementara itu bagi kategori filem yang diadaptasi daripada novel, Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) selaku penganjur hanya menerima empat pencalonan.

Lima filem adaptasi itu ialah Tombirou: Penunggu Rimba, Bisik Pada Langit, Kimchi Untuk Awak, Kau Yang Satu dan Jimba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *