Syafiq Kyle jawab kononnya bermasam muka dengan Hannah Delisha

Posted on

Syafiq Kyle dan Hannah Delisha bergandingan menerusi filem arahan Osman Ali, Langsuir. Foto IZZRAFIQ ALIAS

PETALING JAYA: Syafiq Kyle menyangkal dakwaan mengatakan dia bermasam muka dengan aktres Hannah Delisha kerana timbul salah faham di antara mereka sebelum ini.

Syafiq berkata, dia sendiri ada terdengar khabar angin itu namun enggan memanjangkannya kerana hubungan mereka baik dan bukannya seperti diperkatakan sesetengah pihak.

“Dakwaan mengatakan kami bermasa muka tidak benar… Hubungan kami masih baik, berkawan seperti biasa dan tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku.

“Saya ada juga dengar-dengar tentang hal ini tapi kami memang tiada masalah,” katanya kepada mStar Online.

Syafiq sangkal hubungannya dengan Hannah tidak baik. 

Syafiq ditemui pada tayangan perdana filem Langsuir yang diadakan di MM Cineplex eCurve di sini pada malam Rabu.

Pelakon drama Mencintaimu Mr. Photographer ini menjawab gosip kononnya mereka mengelakkan diri daripada bergandingan dalam sesi fotografi pihak media bagi mempromosikan filem tersebut.

Sementara itu, Syafiq berkata komitmen dan kesibukan kerja membuatkan mereka tidak dapat mencari waktu sesuai bagi memenuhi permintaan menggandingkan mereka bersama.

“Sejujurnya kami agak sibuk dengan penggambaran dan kerja masing-masing, jadi tak dapat nak cari waktu yang sesuai.

Barisan pelakon Langsuir yang akan menemui penonton di pawagam pada 20 September ini.

“Selalunya kalau saya menjalani penggambaran, Hannah lapang dan begitulah sebaliknya… Sebab itu susah nak cari masa yang sama-sama bebas dari kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *