Syatilla Melvin hamil anak kedua selepas gugur Julai lalu

Posted on

Sam dan Syatilla bakal menimang cahaya mata kedua.

JIKA kakak iparnya iaitu pelakon Zizie Ezette mengumumkan hamil anak ketiga, pelakon Syatilla Melvin juga mempunyai berita gembira apabila dia kini sedang hamil anak kedua yang sudah memasuki dua bulan.

Syatilla, 26, berkata dia dan suaminya, Shaheizy Sam tidak menjangka kehamilan secepat ini memandangkan dia pernah mengalami keguguran pada Julai lalu.

“Kandungan saya sudah memasuki dua bulan. Alhamdulillah ini adalah rezeki Allah. Ye la, sebelum ini kan saya pernah keguguran.

“Memang saya dan Sam tak jangka pun akan secepat ini lekat. Tapi sudah rezeki kami berdua,” kata Syatilla kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin alami pendarahan teruk, kandungan gugur


Syatilla berkongsi berita gembira sedang hamil di laman sosial.

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini turut berkongsi berita gembira itu di laman sosialnya dengan memuat naik foto imbasan ultrabunyi.

Menurut Syatilla, kehamilan itu merupakan hadiah hari kelahiran buat suaminya yang ke 36 tahun, disambut pada Selasa.

“Alhamdulillah tak putus rezeki Allah bagi. Ada hikmah bulan lepas Tilla gugur sebab mungkin Allah nak bagi hadiah hari jadi kat baby besar ni.

“Hari lahir laki ku (suami). Sama-sama doakan kami supaya baby ni sihat sampai keluar tengok dunia nanti. Amin ya rab,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *