Syura nafi buat pembedahan bibir tapi…

Posted on

Syura nafi melakukan pembedahan pada bahagian bibirnya untuk kelihatan lebih mungil. Foto: LOW LAY PHON.

PENYANYI Syura Badron menafikan dia ada melakukan pembedahan pada bibirnya seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Bagaimanapun, Syura nama sebenarnya Zuraidah Badron, 33, mengakui ada menggunakan produk lips plumper untuk mungilkan bibirnya.

“Saya tak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik pada diri dan tak pernah melakukan suntikan di bibir.

“Kalau ikutkan, bibir saya sememangnya tebal bahagian bawah. Saya akui ada memakai produk untuk mungilkan bibir.

“Produk lips plumper tu saya gunakan dalam 30 saat sebelum memakai gincu dan menjadikan bibir saya lebih tebal,” kata Syura kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyakit misteri sudah pulih, Syura kurus kerana diet


Perubahan fizikal Syura yang ketara kini (kiri) dan dahulu.

Syura diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan mengatakan dia seperti membuat pembedahan pada bibirnya untuk kelihatan mungil.

Menerusi laporan tersebut, agak mustahil perbezaan bentuk bibirnya disebabkan proses kurus yang dilaluinya kini atau kesan khas solekan.

Tambah Syura, dia tidak akan melakukan sesuatu atau memakai produk yang akan membahayakan dirinya.

“Saya memang suka mencuba sesuatu yang baru untuk cantikkan diri. Tapi sebelum cuba produk itu, saya akan pastikan ia tidak membahayakan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *