“Tak kira siang atau malam, ‘benda’ tu datang kacau” – Isteri Awie pula jadi mangsa

Posted on

Awie dedah isteri turut menerima gangguan misteri. Foto: IZZRAFIQ ALIAS

PENYANYI dan pelakon Datuk Awie yang pernah mendedahkan dirinya mengalami gangguan dan penyakit misteri sebelum ini memberitahu kini isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin turut berhadapan situasi sama.

Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 50, gangguan itu datang tanpa mengira waktu sehinggakan isterinya menjadi takut sekiranya perlu tinggal bersendirian di rumah.

“Gangguan dan penyakit misteri ini bukan baru sebab sudah 13 tahun saya mengalaminya… tak kira siang atau malam, kalau ‘benda’ tu nak datang… dia akan kacau.

ARTIKEL BERKAITAN: Awie Dakwa Bakal Isteri, Anak Turut Terkena Sihir

“Baru malam tadi isteri saya tiba-tiba menjerit, dia nampak sesuatu yang menakutkan sampai dia tak berani nak duduk rumah seorang diri.

Awie dan Ladyana berkahwin pada 7 Oktober 2016. Foto ihsan BHOnline.

“Kalau saya cerita pasti orang ketawa sebab benda-benda begini orang tak pernah rasa,” katanya kepada mStar Online.

Awie ditemui semasa majlis makan malam meraikan kejayaan filem Hantu kak Limah yang diadakan di Sampling Fourteen, Hotel Berjaya Time Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Awie berkata dia pernah mencuba pelbagai rawatan termasuklah perubatan Islam bagi menghilangkan gangguan misteri tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *