“Tak nampak pakai bedak pun” – Zoey Rahman

Posted on

Zoey Rahman memberitahu golongan lelaki menggunakan alat solek seperti bedak asas bukan perkara pelik. Foto SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Pelakon Zoey Rahman menjelaskan golongan lelaki yang memakai alat solek seperti bedak asas bukan lagi sesuatu perkara pelik.

Mempunyai produk kecantikan sendiri iaitu Mikaseries, Zoey berkata, ia sudah menjadi perkara biasa atas kesedaran untuk menjaga penampilan selain menutup cela seperti minyak pada wajah.

“Zaman sekarang semua orang hendak menjaga penampilan dan bukan sahaja selebriti… Ia sudah menjadi perkara normal.

“Sebab itu saya tampil dengan produk sendiri yang besifat uniseks kerana golongan lelaki juga sudah semakin sedar kepentingan menjaga penampilan diri.

“Seperti produk saya, ia sebenarnya tak nampak macam pakai bedak pun malah ramai ‘abang-abang’ yang membeli dan menggunakannya,” kata Zoey.


Zoey memberitahu penting bagi seseorang selebriti lelaki menjaga penampilan wajah.

Zoey Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 33, ditemui pada majlis pelancaran Skuad Selebriti Shopee yang diadakan pada Rabu.

Selain Zoey, beberapa selebriti terkenal seperti Shuib Sepahtu, Sarah Raisuddin dan Dynas Mokhtar turut melancarkan produk mereka menerusi aplikasi itu.

Mikaseries yang mempunyai beberapa produk kecantikan dilancarkan Zoey sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Zoey tidak menafikan segelintir pihak masih memandang negatif apabila dia mengambil keputusan mengeluarkan rangkaian produk kecantikan untuk lelaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *