“Tak payah cepat melenting…” – Azhar Sulaiman

Posted on

Azhar Sulaiman terbuka terhadap sebarang kritikan daripada netizen berhubung anak-anaknya.

PELAKON Azhar Sulaiman memberitahu dia sedar kehidupan tiga anaknya yang semakin meningkat dewasa sering menjadi perhatian netizen memandangkan mereka adalah anak kepada seorang selebriti.

Azhar bagaimanapun berkata, dia seorang yang terbuka terhadap sebarang kritikan sama ada positif atau negatif terhadap mereka malah menyifatkan teguran itu sebagai peringatan dalam memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Dua anak perempuan saya memang aktif di media sosial selain sentiasa mengikuti perkembangan trend semasa.

“Saya sedar anak-anak menjadi perhatian mungkin kerana mereka tidak bertudung atau cara berpakaian dan sebagai bapa saya ambil setiap tanggungjawab itu.

“Sekiranya ada orang yang mengkritik mereka atau menegur saya… Saya akan terima dan tak payah melenting kerana bagi saya yang menegur ini saya anggap seperti keluarga,” katanya.

Azhar bersama isteri dan tiga anak mereka.

Azhar, 47, mempunyai tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 20 dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 16 tahun hasil perkahwinannya dengan Chempaka Emalin Pahamin.

Bagaimanapun kata Azhar, setakat ini dia tidak menerima sebarang mesej atau komen berhubung kelakuan anak-anaknya seperti mana berlaku kepada segelintir selebriti yang turut mempunyai anak.

Dalam pada itu, Azhar berkata, sebagai bapa dia sentiasa menasihati anak-anaknya agar lebih bertanggungjawab menggunakan media sosial yang mana medium itu boleh mendatangkan kemudaratan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *