Tak sangka… Maya Karin hilang kata-kata!

Posted on

Maya Karin berbangga dengan sambutan penonton terhadap Munafik 2.

PELAKON Maya Karin mengakui hilang kata-kata dan tidak menyangka filem lakonannya, Munafik 2 menerima sambutan hebat penonton.

Maya, 39, memberitahu dia masih teringat kesusahan dan kepayahan sepanjang menjalani penggambaran filem tersebut pada tahun lalu.

“Saya dah hilang kata-kata dengan sambutan untuk Munafik 2, teringat masa kami semua berjuang untuk penggambaran tahun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Karin ‘muntah darah’ dalam set Meletop

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Munafik 2’ atasi ‘HKL’, pecah rekod RM40 juta

“Abang-abang kru semua bekerja sepanjang masa, sampai pukul 7 pagi berperang (penggambaran) dan redah kesesakkan jalan pada waktu pagi sebelum nak ganti tidur untuk shooting seterusnya pula,” katanya menerusi laman Instagram.

Maya teruja dan gembira dengan sambutan penonton.

Dalam pada itu, Maya berkata bukan mudah untuk berkerja dengan pengarah filem tersebut iaitu Syamsul Yusof.

Pada Ahad lalu, Munafik 2 memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan iaitu sebanyak RM40 juta dalam tempoh 17 hari ditayangkan.

Syamsul yang mengumumkan perkara itu mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada penonton yang memberi sokongan kepada filem berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *