Takut timbul fitnah… Raja Atiq elak kongsi gambar dengan perempuan!

Posted on

Atiq bimbang perkongsian dilaman sosial mengundang kritikan netizen. Foto Instagram @therajaatiqullah

PELAKON baharu yang sedang meningkat naik, Raja Atiqullah menyatakan pendirian untuk tidak memuat naik foto berdua-duaan dengan wanita bukan mahram di laman sosial.

Raja Atiq atau nama sebenar Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 18, berkata tindakannya itu adalah kerana bimbang perkongsian tersebut akan menimbulkan fitnah dan salah faham dalam kalangan pengikutnya.

“Bergelar selebriti, apa sahaja yang kita lakukan menjadi perhatian masyarakat dan kerana itulah saya letakkan batas untuk tidak berkongsi gambar berdua-duaan dengan mana-mana wanita di laman sosial terutamanya Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Nur’ – Atiq Azman bermula dari kedai sotong goreng

Atiq bimbang perkongsian di laman sosial menimbulkan salah faham sehingga mendapat kecaman netizen.

“Ini kerana saya risau jika perkongsian itu nanti akan menimbulkan fitnah sehingga mengundang kecaman netizen.

“Tetapi jika bergambar beramai-ramai tidak mengapa dan tak ada masalah, boleh sahaja kongsi di laman sosial!,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai kuasa viral yang mampu melonjakkan populariti seseorang selebriti, Atiq berasakan ia patut digunakan secara bijak dan berhemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *