Tasha Manshahar pakai niqab ketika berjalan seorang diri

Posted on

Tasha tidak akan menyarungkan niqab ketika sedang bertugas sebagai guru serta penceramah motivasi dan bersama keluarganya. Foto Instagram: @ynasakinah.

KAJANG: Penyanyi Tasha Manshahar memberitahu dia mula memakai niqab sebelum mengenali suaminya, Raqib Majid.

Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar, 26, berkata dia selesa mengenakan imej tersebut terutama ketika berjalan seorang diri.

Namun, Tasha tidak menyarungkan niqab tersebut ketika sedang bertugas sebagai guru serta penceramah motivasi dan ketika bersama keluarganya.

“Sejujurnya saya sudah lama belajar untuk memakai niqab sebelum saya mengenali Raqib lagi. Saya yang membuat keputusan ini sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tasha Manshahar sah bergelar isteri Raqib, tiada rancangan bulan madu


Tasha dan Raqib tidak rancang untuk berbulan madu.

“Saya selesa dengan imej tersebut terutama apabila berjalan sendirian. Tapi saya tidaklah memakai niqab setiap masa.

“Ada waktu yang saya tidak akan pakai seperti ketika mengajar atau dalam tugasan sebagai guru serta bersama keluarga saya,” kata Tasha kepada mStar Online.

Tasha ditemui selepas selesai majlis pernikahannya dengan penyampai radio Zayan FM itu di Masjid Jamek Kajang, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Tasha mengakui keputusan untuk memakai niqab tidak menganggu kehidupannya yang kini tidak lagi bergelar seorang penyanyi.

Kata Tasha, dia tidak berasa sedih dengan keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian namun sebak apabila mengenang sokongan peminat yang tidak pernah putus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *